Tuesday, April 5, 2011

BUAT SAHABAT-SAHABAT KU : " Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran kerana dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah..Namun kita tidak akan pernah memiliki teman jika kita hanya mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana setiap manusia itu ada baiknya kalau kita boleh melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita boleh melihat keunikannya..tetapi semua manusiaa itu akan nampak buruk dan membosankan kalau kita tidak boleh melihat kedua-duanya " Assalamualaikum... MESTI semua hairan kan kenapa post saya macam ni kali ini. Sebenarnya tazkirah (hihi cewah) saya diatas ada kaitan dengan kita semua. Kita sesama manusia tidak lari dari melakukan kesalahan. Maka saya NURFATIHA BINTI MOHAMED RADZI menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita semua ini ada percakapan atau perbuatan yang mengguriskan hati kalian. ENTRY saya kali ini,bukan hendak buat drama king tapi niat saya adalah nak satu kan kembali keceriaan-keceriaan kita masa lalu. Di saat-saat genting ni semua dikalangan sahabat kita bersungguh-sungguh mengulangkaji betul tak? (gelombang final dirasai) Maka disini saya berdoa agar kita semua dipermudahkan dalam ujian didunia ;) SEMOGA BERJAYA rakan-rakan ku..terutama pelajar DAT3A (caiyokkk2 sume) naikkan pointer kita bersama-sama dan sama-sama kita berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain. (peace)

No comments:

Post a Comment